Alhamdullillah, walaupun PPSP masih lagi baru dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan pesakit mental dan penjagaan warga emas, PPSP telah berjaya membuka sebanyak 3 cawangan. HQ adalah di Taman Kempas, Cawangan pertama juga di sekitar Taman Kempas. Cawangan ke 2 di Taman Aman Jaya. Seterusnya Cawangan ke 3 di Taman Kelisa Ria.
HQ berperanan untuk pengurusan, pendaftaran pelanggan, latihan dan koordinasi tugasan. Setiap cawangan mengikut grup umur , penyakit dan kesesuaian pesakit atau warga tua.
Kami menerima pelanggan dari seluruh Semenanjung Malaysia dari Perlis ke Johor. Diharapkan PPSP akan membuka lebih banyak lagi cawangan di sekitar Sungai Petani, bagi memenuhi keperluan pada mereka yang memerlukan.
Kami mengalu-alukan sokongan NGO-NGO atau individu-individu memberikan sumbangan ikhlas atau sedekah jariah dalam bentuk makanan kering. Contoh sumbangan yang biskut kering, susu, beras, gula dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubung Encik Roslan 019 479 5911
HQ TAMAN KEMPAS
CAWANGAN 1 TAMAN KEMPAS
CAWANGAN 2 TAMAN AMAN JAYA
CAWANGAN 3 TAMAN KELISA RIA