Thursday, November 21, 2019

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2019

Ramai yang tidak menyedari , tanggal 10 Oktober 2019 adalah Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Unit Psikitri Hospital Lama Sungai Petani  telah mengadakan  majlis sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di peringkat negeri. Majlis berkenaan di hadiri oleh pegawai-pegawai, staff , pesakit dan kaum keluarga. PPSP telah menghantar beberapa wakil untuk menyerikan majlis disamping manafaat ilmu ucapan dari VIP berkenaan kesihatan mental.

Ada selingan aktiviti tambahan termasuk pertandingan catur serta jamuan untuk semua tetamu yang hadir.






OUTING PPSP

Pada tanggal 28 Oktober 2019 , Jabatan REHAB 28/10/19 bersama-sama staff PPSP dan pesakit keluar santai bermain bowling & m




enoton wayang.

Wednesday, August 28, 2019

HQ dan Cawangan Pusat Jagaan Sinar Penyayang

Alhamdullillah, walaupun PPSP masih lagi baru dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan pesakit mental dan penjagaan warga emas, PPSP telah berjaya membuka sebanyak 3 cawangan.  HQ  adalah di Taman Kempas, Cawangan pertama juga di sekitar Taman Kempas.  Cawangan ke 2 di Taman Aman Jaya. Seterusnya Cawangan ke 3 di Taman Kelisa Ria.

HQ berperanan untuk pengurusan, pendaftaran pelanggan, latihan  dan koordinasi tugasan. Setiap cawangan mengikut grup umur , penyakit dan kesesuaian pesakit atau warga tua.

Kami menerima pelanggan dari  seluruh Semenanjung Malaysia dari Perlis ke Johor. Diharapkan PPSP akan membuka lebih banyak lagi cawangan di sekitar Sungai Petani,  bagi memenuhi keperluan pada mereka yang memerlukan.

Kami mengalu-alukan sokongan NGO-NGO atau individu-individu memberikan sumbangan ikhlas atau sedekah jariah dalam bentuk makanan kering. Contoh sumbangan yang biskut kering, susu, beras, gula dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubung Encik Roslan  019 479 5911

HQ TAMAN KEMPAS




 CAWANGAN 1 TAMAN KEMPAS







 CAWANGAN 2 TAMAN AMAN JAYA







 CAWANGAN 3 TAMAN KELISA RIA






Wednesday, July 17, 2019

Aktiviti Berkebun di PPSP

Aktiviti berkebun adalah salah satu dari aktiviti pesakit di PPSP.   Selain dari aktiviti  riadah, ia juga menyihat tubuh badan dan mengeratkan silaturahhim di kalangan pesakit.  Ia dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Hasil pertanian digunakan sebagai jamuan sampingan contohnya jagung rebus.









Kenangan Majlis Ramadhan 2019 di Pusat Penjagaan Sinar Penyayang

Walaupun bulan Ramadhan 2019 telah berlalu lebih dari sebulan, namun kenangan yang lepas masih lagi dalam ingatan. PPSP dengan rasa rendah, bersyukut pada Allah SWT kerana memberi nikmat rezeki yang tidak putus putus. Kami juga amat bersyukur pada semua waris kerana memberi sokongan padu pada kami. Walaupun tidak sempurna, kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik  pada pelanggan kami.

Seperti tahun-tahun yang lepas, PPSP amat mengalu-alukan pihak waris untuk bersama-sama menghadiri majlis Iftar di PPSP. Di samping itu, PPSP telah menjemput ustaz untuk memberi ceramah agama dan motivasi sebagai pengisian rohani . Walaupun  mereka mengalami masalah mental, namun usaha-usaha dakwah, taklim dan taklum terus dijalankan. Diakhir program, kita mengadakan Solat Terawih  beramai-ramai.

Semoga Allah memberkati usaha kita. Amin Ya Rabal Alamin.















PROGRAM REHABILITASI BERSAMA STAFF HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

Pada tanggal  11hb April 2019,   program rehabilitasi telah berjaya dilaksanakan. 

 Program ini adalah kerjasama di antara Pusat Penjagaan Sinar Penyayang dan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Abdul Halim.

Ini adalah sebahagian dari usahasama  pihak kami dan pihak hospital dalam terus memberi latihan dan memupuk semangat insaniah disamping meningkatkan silaturahim  dikalangan
 pesakit ,  pekerja dan staff  hospital

Diantara aktiviti utama adalah melawat   Gua kelam, Taman Ular & Padang Besar
Semoga banyak lagi  program di masa akan datang!!

Buah kuini di atas para,
Pohon pala di tepi perigi
Hari ini kita bermesra,
Bilakan dapat bersua lagi?











Sunday, April 2, 2017

SAKIT MENTAL-APAKAH JENIS,PUNCA DAN CARA MENANGANINYA?

Kredit dan Di petik dari Rahsia Farmasi

Malaysia telah dikejutkan dengan satu kes pembunuhan ngeri yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 9 Ogos 2016 pada pukul 6.30 petang yang menyaksikan seorang nenek dipenggal cucu yang dipercayai menghidap penyakit mental.
Menurut berita yang disampaikan menerusi Astro Awani dan stesen televisyen yang lain, mangsa Maimon Abdul Samad, 76 tahun bukan sahaja dipenggal malah kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.
Suspek dipercayai mengalami gangguan mental serius iaitu ‘schizophrenia paranoid’ akibat tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lepas.
Kes-kes seperti itu semakin membimbangkan dan ia seiring dengan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melihat penyakit mental akan menjadi bebanan nombor dua dunia menjelang 2020 dan bebanan pertama pada 2030.-AstroAWANI
Oleh yang demikian Team Rahsia Farmasi rasa terpanggil untuk menceritakan kepada pembaca tentang jenis,punca dan cara menangani sakit mental ini secara ringkas untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku semula yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.
Apa itu penyakit mental?
Penyakit mental (mental disorder) ialah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh merubah proses pemikiran,perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan pada aktiviti harian.
Penyakit mental boleh didiagnosis menggunakan DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition) berdasarkan kriteria -kriteria tertentu.
Adakah semua penyakit mental sama?
Jawapannya tidak. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu:
1.Neurosis– Penyakit mental dan emosi yang melibatkan sebahagian personaliti dan kecelaruan persepsi realiti kurang daripada psikosis, tidak mengganggu perubahan bahasa,dan diikuti gangguan fizikal,psikologi,dan mental seperti symptom kegelisahan atau fobia.
Contoh gejala (simptom) adalah:
  • Kebimbangan-Seseorang itu akan berasa tertekan,tegang,berpeluh,berdebar-debar dan berasa takut tanpa diketahui puncanya.
  • Kemurungan-Perasaan sedih melampau melebihi tempoh 2 minggu
2.Psikosis-Perubahan ketara pada pemikiran,perasaan tingkah laku dan kewarasan. Pesakit juga akan keliru dan dikatakan mendengar suara-suara ghaib yang dinamakan sebagai ‘halusinasi’. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang dipanggil ‘delusi’ contohnya merasakan ada orang mahu menyerang pada mereka tiba-tiba. Mereka juga mungkin bercakap seorang diri tanpa sebab.                                                     Contoh psikosis yang sering dialami: 
  •  Schizophrenia-Ciri utama ialah halusinasi,delusi,celaru pemikiran,pertuturan dan tingkah laku.
Schizophrenia paranoid adalah salah satu jenis schizophrenia yg biasa di mana pesakit memiliki kepercayaan yang salah bahawa ada seseorang yang akan menyerang diri atau ahli keluarga. Mereka juga mengalami halusinasi auditori (mendengar suara ghaib).Schizophrenia paranoid adalah penyakit kronik,dalam jangka waktu yang lama boleh membawa komplikasi seperti bunuh diri dan perlakuan berbahaya  pada orang lain.
  • Kecelaruan manik-depresif-Pesakit mengalami perubahan emosi yang ketara antara terlalu gembira atau terlalu sedih.
3. Kecelaruan personaliti-Perubahan karakter yang mempengaruhi perhubungan dengan orang sekeliling.
Punca penyakit mental:
Punca penyakit mental:

Sumber gambar: Google Images
Sumber gambar:Google Images

  1. Faktor genetik/keturunan
  2. Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti penghasilan dopamine yang berlebihan dalam penyakit schizophenia.
  3. Jangkitan virus
  4. Sejarah hidup yang getir seperti terlalu banyak cabaran hidup
  5. Keadaan sosioekonomi yang rendah
Bagaimanakah penyakit mental diubati?
Rawatan pesakit mental mengambil kira keseriusan gejala penyakit,kekerapan tekanan yang mengganggu aktiviti harian,risiko dan faedah setiap rawatan dan faktor lain.Rawatan penyakit mental ini berdasarkan keperluan individu dan kolaborasi dengan pakar kesihatan.
  • Ubat psikotropik dapat merawat penyakit mental seperti anti-depresi yang memerlukan preskripsi doktor mengikut keperluan individu tersebut.Contohnya  fluoxetine (Prozac, Selfemra),duloxetine (Cymbalta),mirtazapine (Remeron),nortriptyline (Pamelor),phenelzine (Nardil) dan lain-lain.

  • Pendekatan psikotropik seperti kaunseling, psikoterapi ,terapi kognitif,pendidikan psikologi,terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psikososial.

Psikoterapi antara salah satu rawatan penyakit mental di mana pesakit boleh menceritakan segala masalah yg dialami kepada pakar pskiatri
Sumber gambar:Google Images

  • Gabungan terapi dan ubat-ubatan yang selalunya lebih berkesan di samping rawatan alternatif yang semakin meluas digunakan.

Remaja juga berpotensi menjadi pesakit mental seandainya stress yang dialami tidak dapat diatasi segera. Sumber gambar: Google Images

  • Antara langkah-langkah menangani tindakan berbahaya oleh remaja yang mungkin ada penyakit mental telah digariskan oleh Dr.Nurashikin binti Ibrahim dalam satu artikel MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh dibaca pada link MyHEALTH ini.
Kesimpulan:
Orang ramai yang memiliki anggota keluarga yang mengalami masalah penyakit mental amatlah disarankan membawa pesakit untuk berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik kesihatan bagi merawat masalah mereka dengan segera.
Keluarga perlu memainkan peranan dalam membantu pesakit mental untuk terus mendapat sokongan dan mengambil ubat secara berterusan.
Mereka yang ingin mengetahui status kesihatan mental mereka juga boleh mengambil ujian di sana.
“Jagalah kecerdasan minda untuk kesejahteraan kita bersama”
Rujukan: