Thursday, December 11, 2014

Erti Pengorbanan

Assalamualaikum dan salam hormat.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memandang rendah pada pesakit mental serta keluarga.  Ada yang diherdik seolah-olah pesakit mental datang dari dosa kifarat yang terpaksa ditanggung oleh keluarga.

Apabila si waris  menghantar pesakit ke pusat penjagaan, ada waris yang diperli dan di tohmah  dengan ungkapan " tak sayang  darah daging!",  "buang keluarga", "lepas tangan" dan sebagainya.

Padahal mereka yang mencerca itu tidak sanggup membuat sumbangan, apatah lagi menjaga pesakit mental.

Pesakit mental sebenarnya adalah golongan OKU yang perlukan penjagaan dari mental , rohani dan fizikal.

Pada sesuatu peringkat, apabila berlakunya gangguan seperti kemurungan, tekanan tinggi and  tidakbalas kompalsif, maka kejadian-kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Apabila pihak waris sanggup membiayai penjagaan pesakit mental, ia adalah suatu pengorbanan yang sangat besar dan patut dipuji.

Pembiayaan besar rumah penjagaan sekitar RM1000 sebagai contoh, sebenarnya adalah harga untuk  kesejahteraan dan keselamatan keluarga, khasnya penghuni keluarga yang tinggal bersama pesakit mental.

Untuk mereka yang belum pernah tinggal dengan pesakil mental, ini adalah keadaan biasa yang pasti diharungi oleh keluarga;

1. Membuat bising secara tiba-tiba. Hura hara dalam rumah.
2. Merosakkan barang-barang berharga di rumah.
3. Memaki hamun ahli keluarga.
4. Berkeliaran diluar rumah.
5. Mandi  berulang-ulang tidak kira masa. 3 pagi pun boleh mandi.
6. Tidak tidur pada waktu malam dan menggangu waris.
7. Mencederakan diri sendiri atau waris.
8. Buang najis merata-rata
9. DLL

Pihak keluarga yang tinggal di bawah bumbung yang sama akan menjadi tertekan. Anak-anak yang bersekolah akan terbantut pembelajaran. Yang berkerja di ofis, tidurnya pasti terganggu dan hilang konsentrasi kerja. Kepala otak memang serabut . Minda penat dan menimbulkan perasaan marah.

Kesimpulannya, masyarakat umum perlu peka dan memahami keperluan pihak waris untuk menghantar pesakit mental. Ia adalah sebagai satu kawalan dan seterusnya memberi ruang pada ahli keluarga menjadi tenang.  Masyarakat sepatutnya membantu sekadar yang mampu. Kalau tak mampu derma dengan wang ringgi, beri motiviasi dan dorongan kepada  si Waris.  Ada ganjaran besar dari Allah s.w.t untuk mereka yang berkorban untuk keluarga. Wallahualam.

Monday, October 20, 2014

Pesakit Mental : Prelude


Salam hormat,

Mengikut fakta statistik, pesakit mental dikalangan manusia adalah pada nisbah 1 : 10. Maknanya, setiap 10 orang, terdapat seorang pesakit mental.

Pesakit mental masih lagi sesuatu yang dianggap stigma dikalangan masyarakat. Ada ahli keluarga yang sanggup membuang golongan pesakit mental, ada yang menjauhkan diri, namun tak kurang jua yang berkorban untuk memastikan pesakit mental dapat penjagaan yang terbaik. Sesungguhnya, sungguh besar pahala mereka mereka yang terus berkorban dengan kasih sayang dan wang ringgit  dalam usaha ahli keluarga kekal dalam kelangsungan hidup

Punca penyakit mental biasanya dikaitkan dengan masalah otak yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian tentang otak.

Ada saintis yang lebih fokus pada lapangan psikoanalisa yang lebih kepada peta fikiran.

Dari segi microbiologi ,terdapat berjuta-juta sel otak dan setiap sel otak boleh berhubung di antara satu sama lain.  Penulis teringat dengan iklan susu kanak-kanak :)

Penghubung sel tidak ubah seperti wayar wayar. Apabila wayar tercabut atau dipintas, maka wujudlah keaadaan  Halusinasi yang menganggu deria rasa, telinga , pandangan dan gerakan motor.

Ada para pengkaji paranormal yang menganggap Halusinasi dikaitkan dengan kehadiran unsur-unsur roh jahat yang menghasut dan mengaburi  pemikiran "judgmental"



Bersambung..




Lebih Mudah, Lebih Cepat

Salam Hormat,

Terima kasih diatas segala maklumbalas dari semua.

Sebarang pertanyaan sila email   roslany2k@gmail.com

Atau add saya melalui WhatsApp 019 479 5911