Sunday, April 2, 2017

SAKIT MENTAL-APAKAH JENIS,PUNCA DAN CARA MENANGANINYA?

Kredit dan Di petik dari Rahsia Farmasi

Malaysia telah dikejutkan dengan satu kes pembunuhan ngeri yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 9 Ogos 2016 pada pukul 6.30 petang yang menyaksikan seorang nenek dipenggal cucu yang dipercayai menghidap penyakit mental.
Menurut berita yang disampaikan menerusi Astro Awani dan stesen televisyen yang lain, mangsa Maimon Abdul Samad, 76 tahun bukan sahaja dipenggal malah kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.
Suspek dipercayai mengalami gangguan mental serius iaitu ‘schizophrenia paranoid’ akibat tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lepas.
Kes-kes seperti itu semakin membimbangkan dan ia seiring dengan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melihat penyakit mental akan menjadi bebanan nombor dua dunia menjelang 2020 dan bebanan pertama pada 2030.-AstroAWANI
Oleh yang demikian Team Rahsia Farmasi rasa terpanggil untuk menceritakan kepada pembaca tentang jenis,punca dan cara menangani sakit mental ini secara ringkas untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku semula yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.
Apa itu penyakit mental?
Penyakit mental (mental disorder) ialah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh merubah proses pemikiran,perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan pada aktiviti harian.
Penyakit mental boleh didiagnosis menggunakan DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition) berdasarkan kriteria -kriteria tertentu.
Adakah semua penyakit mental sama?
Jawapannya tidak. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu:
1.Neurosis– Penyakit mental dan emosi yang melibatkan sebahagian personaliti dan kecelaruan persepsi realiti kurang daripada psikosis, tidak mengganggu perubahan bahasa,dan diikuti gangguan fizikal,psikologi,dan mental seperti symptom kegelisahan atau fobia.
Contoh gejala (simptom) adalah:
  • Kebimbangan-Seseorang itu akan berasa tertekan,tegang,berpeluh,berdebar-debar dan berasa takut tanpa diketahui puncanya.
  • Kemurungan-Perasaan sedih melampau melebihi tempoh 2 minggu
2.Psikosis-Perubahan ketara pada pemikiran,perasaan tingkah laku dan kewarasan. Pesakit juga akan keliru dan dikatakan mendengar suara-suara ghaib yang dinamakan sebagai ‘halusinasi’. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang dipanggil ‘delusi’ contohnya merasakan ada orang mahu menyerang pada mereka tiba-tiba. Mereka juga mungkin bercakap seorang diri tanpa sebab.                                                     Contoh psikosis yang sering dialami: 
  •  Schizophrenia-Ciri utama ialah halusinasi,delusi,celaru pemikiran,pertuturan dan tingkah laku.
Schizophrenia paranoid adalah salah satu jenis schizophrenia yg biasa di mana pesakit memiliki kepercayaan yang salah bahawa ada seseorang yang akan menyerang diri atau ahli keluarga. Mereka juga mengalami halusinasi auditori (mendengar suara ghaib).Schizophrenia paranoid adalah penyakit kronik,dalam jangka waktu yang lama boleh membawa komplikasi seperti bunuh diri dan perlakuan berbahaya  pada orang lain.
  • Kecelaruan manik-depresif-Pesakit mengalami perubahan emosi yang ketara antara terlalu gembira atau terlalu sedih.
3. Kecelaruan personaliti-Perubahan karakter yang mempengaruhi perhubungan dengan orang sekeliling.
Punca penyakit mental:
Punca penyakit mental:

Sumber gambar: Google Images
Sumber gambar:Google Images

  1. Faktor genetik/keturunan
  2. Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti penghasilan dopamine yang berlebihan dalam penyakit schizophenia.
  3. Jangkitan virus
  4. Sejarah hidup yang getir seperti terlalu banyak cabaran hidup
  5. Keadaan sosioekonomi yang rendah
Bagaimanakah penyakit mental diubati?
Rawatan pesakit mental mengambil kira keseriusan gejala penyakit,kekerapan tekanan yang mengganggu aktiviti harian,risiko dan faedah setiap rawatan dan faktor lain.Rawatan penyakit mental ini berdasarkan keperluan individu dan kolaborasi dengan pakar kesihatan.
  • Ubat psikotropik dapat merawat penyakit mental seperti anti-depresi yang memerlukan preskripsi doktor mengikut keperluan individu tersebut.Contohnya  fluoxetine (Prozac, Selfemra),duloxetine (Cymbalta),mirtazapine (Remeron),nortriptyline (Pamelor),phenelzine (Nardil) dan lain-lain.

  • Pendekatan psikotropik seperti kaunseling, psikoterapi ,terapi kognitif,pendidikan psikologi,terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psikososial.

Psikoterapi antara salah satu rawatan penyakit mental di mana pesakit boleh menceritakan segala masalah yg dialami kepada pakar pskiatri
Sumber gambar:Google Images

  • Gabungan terapi dan ubat-ubatan yang selalunya lebih berkesan di samping rawatan alternatif yang semakin meluas digunakan.

Remaja juga berpotensi menjadi pesakit mental seandainya stress yang dialami tidak dapat diatasi segera. Sumber gambar: Google Images

  • Antara langkah-langkah menangani tindakan berbahaya oleh remaja yang mungkin ada penyakit mental telah digariskan oleh Dr.Nurashikin binti Ibrahim dalam satu artikel MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh dibaca pada link MyHEALTH ini.
Kesimpulan:
Orang ramai yang memiliki anggota keluarga yang mengalami masalah penyakit mental amatlah disarankan membawa pesakit untuk berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik kesihatan bagi merawat masalah mereka dengan segera.
Keluarga perlu memainkan peranan dalam membantu pesakit mental untuk terus mendapat sokongan dan mengambil ubat secara berterusan.
Mereka yang ingin mengetahui status kesihatan mental mereka juga boleh mengambil ujian di sana.
“Jagalah kecerdasan minda untuk kesejahteraan kita bersama”
Rujukan:


Tuesday, March 21, 2017

Hari Keluarga Pusat Penjagaan Sinar Penyayang

Pada tanggal 18-19 March 2017 , pengarah urusan Encik Muhammad Suffian bin Abu Bakr, telah berjaya menjalankan hari Keluarga PPSP dengan cemerlang di Chalet Putri Ayu, Yan Kedah. Banyak  kenangan pahit dan  manis  dikongsikan pada semua.  Didaftar dan ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 2009,  PPSP bukan saja menyediakan perkhidmatan penjagaan pada pesakit dan Orang Tua, tetapi juga memberi kehidupan kepada pekerja dan ahli keluarga yang lain yang menyokong penuh  PPSP.    Antara aktiviti aktiviti utama


1. Tazkirah agama
2. BBQ
3. Senam Robik
4. Permainan Lead A Blind
5. Permainan  Formula 1
6. Permainan  Tali Berpintal
7. Anugerah Pekerja yg berkhidmat lebih dari 5 tahun.
8. Anugerah Khas . Penulis pun dapat jugak ;)


Dibawah adalah gambar aktiviti-aktiviti hari Keluarga PPSP yang sempat di rakamkan.


Nota : Permainan melibatkan elemen komunikasi, kerjasama dan proses kerja yang boleh diterapkan dalam tempat kerja, kehidupan harian dan rumahtangga.


 Barisan Tulang Belakang PPSP
           


Senam Robik





Majlis Penyampaian Hadiah








Jamu Selera



Semoga PPSP akan terus maju kehadapan dan terus menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.