Aktiviti berkebun adalah salah satu dari aktiviti pesakit di PPSP. Selain dari aktiviti riadah, ia juga menyihat tubuh badan dan mengeratkan silaturahhim di kalangan pesakit. Ia dijalankan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Hasil pertanian digunakan sebagai jamuan sampingan contohnya jagung rebus.
Wednesday, July 17, 2019
Kenangan Majlis Ramadhan 2019 di Pusat Penjagaan Sinar Penyayang
Walaupun bulan Ramadhan 2019 telah berlalu lebih dari sebulan, namun kenangan yang lepas masih lagi dalam ingatan. PPSP dengan rasa rendah, bersyukut pada Allah SWT kerana memberi nikmat rezeki yang tidak putus putus. Kami juga amat bersyukur pada semua waris kerana memberi sokongan padu pada kami. Walaupun tidak sempurna, kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik pada pelanggan kami.
Seperti tahun-tahun yang lepas, PPSP amat mengalu-alukan pihak waris untuk bersama-sama menghadiri majlis Iftar di PPSP. Di samping itu, PPSP telah menjemput ustaz untuk memberi ceramah agama dan motivasi sebagai pengisian rohani . Walaupun mereka mengalami masalah mental, namun usaha-usaha dakwah, taklim dan taklum terus dijalankan. Diakhir program, kita mengadakan Solat Terawih beramai-ramai.
Semoga Allah memberkati usaha kita. Amin Ya Rabal Alamin.

PROGRAM REHABILITASI BERSAMA STAFF HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
Pada tanggal 11hb April 2019, program rehabilitasi telah berjaya dilaksanakan.
Program ini adalah kerjasama di antara Pusat Penjagaan Sinar Penyayang dan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultan Abdul Halim.
Ini adalah sebahagian dari usahasama pihak kami dan pihak hospital dalam terus memberi latihan dan memupuk semangat insaniah disamping meningkatkan silaturahim dikalangan
Ini adalah sebahagian dari usahasama pihak kami dan pihak hospital dalam terus memberi latihan dan memupuk semangat insaniah disamping meningkatkan silaturahim dikalangan
pesakit , pekerja dan staff hospital
Diantara aktiviti utama adalah melawat Gua kelam, Taman Ular & Padang Besar
Semoga banyak lagi program di masa akan datang!!
Diantara aktiviti utama adalah melawat Gua kelam, Taman Ular & Padang Besar
Semoga banyak lagi program di masa akan datang!!
Buah kuini di atas para,
Pohon pala di tepi perigi
Pohon pala di tepi perigi
Hari ini kita bermesra,
Bilakan dapat bersua lagi?
Subscribe to:
Posts (Atom)