Monday, August 17, 2015
Apabila Ringgit Jatuh...
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya bukanlah pakar ekonomi. Saya jugak kurang berminat dengan politik Malaysia. Sebagai rakyat biasa, tidak ada istilah "Economic Contigency " atau "Recovery Plan". Apa yang saya rasa dan orang kebanyakan rasa adalah mudah : Bagaimana untuk "survive" di hari-hari yang mendatang? Dan yang lebih besar lagi, JIKA berlaku pembuangan kerja, boleh saya dapat mengekalkan kehidupan?
Menurut kajiaan, kurang 10% dari pekerja dapat hidup dengan wang simpanan. Lebih separuh akan tercicir dalam masa 3 bulan jika tidak mendapat pekerjaan baru.
Dalam kontek Pusat Penjagaan Mental dan Orang Tua, kami terus berdepan dengan masalah nilai barangan harian yang makin meningkat secara meruncing. Kos operasi harian meningkat dan amat membebankan.
Barangan utama yang diimport seperti ubi, bawang, tepung, sayur-sayuran dan buah buahan telah mula naik harga semenjak GST dilaksanakan.
Semua maklum apabila Ringgit jatuh berbanding Dollar, kesannya akan di rasai oleh pengguna secara langsung.
Tepung dan ubi kentang adalah dari Amerika Syarikat. Product berasaskan susu adalah dari Australia dan New Zealand, manakala bawang besar adalah dari negara India dan Holland. Walaupun produk di import dari negara Amerika, namun segala urusan jual beli menggunakan Dollar Amerika. Ini memberi kesan besar secara langsung kepada harga jualan dan belian.
Sebagai contoh, harga susu formula kanak-kanak. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, apabila harga susu berubah dan terus meningkat secara beransur-ansur. Kalau murah pun mungkin sebab penghabisan stok lama.
Apabila Ringgit jatuh, ini juga memberikan kesan langsung kepada nilai Ringgit dan Baht; matawang negara jiran Thailan. Sebenarnya, banyak produk seperti beras dan makanan rugi binatang di import dari Thailand. Hasilnya, penternak ayam terpaksa menaikkan kos dan rantaian terakhir yang perlu menyerap harga tentulah pengguna.
Alhamdullilah, berkat usaha gigih Encik Suffian selaku CEO Sinar Penyayang, yuran bulanan masih lagi kekal pada tahap yang paling terendah di Malayasia. Apa yang penting , Sinar Penyayang akan terus membantu menjalankan tugas untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penghuni Sinar Penyayang. Terima kasih pada semua yang memahami keperluan untuk menyokong operasi Sinar Penyayang.
Sempena Bulan Syawal yang baru lepas, tidak terlalu terlewat untuk saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga, semua ahli keluarga Sinar Penyayang akan terus dirahmati oleh Allah.
Jazakallahu Khairan Khatira dan Terima Kasih.
Roslan bin Ibrahim
Whatsapp 019 479 5911
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment