Thursday, August 20, 2015

Murung Penyumbang Sakit Mental - Sumber HMETRO

'Murung penyumbang sakit mental'

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:Kemurungan dan tekanan perasaan adalah penyumbang terbesar iaitu 20 peratus daripada penyakit mental kalangan orang dewasa di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, data berkenaan hasil kajian kementerian pada 2011.
"Penyakit skizofrenia pula hanya 1 peratus selain bipolar disorder antara 1 hingga dua peratus, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, kajian pada 2011 itu menunjukkan20 peratus kanak-kanak mengalami masalah mental manakala dewasa (13 peratus) dari jumlah penduduk pada 2011.
Jelas beliau, peratusan yang tinggi kalangan kanak-kanak berikutan ia mengambil kira pelbagai aspek termasuk kanak-kanak hiperaktif juga dikategori sebagai bermasalah mental berbanding dewasa yang lebih kompleks.
"Rawatan awal amat penting sejurus mengesan tanda-tanda penyakit mental bagi membolehkan ia dirawat dengan sebaiknya," katanya.
Beliau berkata, antara halangan kepada kementerian untuk menangani penyakit mental di negara ini adalah untuk mengubah stigma masyarakat yang lebihmengutama rawatan tradisional berbanding moden.
"Justeru, kementerian sedang menjalankan projek awal untuk menggabungkan kaedah rawatan moden dan tradisional bagi merawat penyakit mental sejak dua bulan lalu di Johor Bahru, Johor dan Temerloh Pahang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 12:11 PM
 

No comments:

Post a Comment