Sunday, April 2, 2017

SAKIT MENTAL-APAKAH JENIS,PUNCA DAN CARA MENANGANINYA?

Kredit dan Di petik dari Rahsia Farmasi

Malaysia telah dikejutkan dengan satu kes pembunuhan ngeri yang berlaku di Kota Tinggi, Johor pada 9 Ogos 2016 pada pukul 6.30 petang yang menyaksikan seorang nenek dipenggal cucu yang dipercayai menghidap penyakit mental.
Menurut berita yang disampaikan menerusi Astro Awani dan stesen televisyen yang lain, mangsa Maimon Abdul Samad, 76 tahun bukan sahaja dipenggal malah kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.
Suspek dipercayai mengalami gangguan mental serius iaitu ‘schizophrenia paranoid’ akibat tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lepas.
Kes-kes seperti itu semakin membimbangkan dan ia seiring dengan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melihat penyakit mental akan menjadi bebanan nombor dua dunia menjelang 2020 dan bebanan pertama pada 2030.-AstroAWANI
Oleh yang demikian Team Rahsia Farmasi rasa terpanggil untuk menceritakan kepada pembaca tentang jenis,punca dan cara menangani sakit mental ini secara ringkas untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku semula yang boleh menjejaskan keselamatan orang ramai.
Apa itu penyakit mental?
Penyakit mental (mental disorder) ialah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh merubah proses pemikiran,perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan pada aktiviti harian.
Penyakit mental boleh didiagnosis menggunakan DSM-5 (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition) berdasarkan kriteria -kriteria tertentu.
Adakah semua penyakit mental sama?
Jawapannya tidak. Ia terdiri dari 3 kumpulan utama iaitu:
1.Neurosis– Penyakit mental dan emosi yang melibatkan sebahagian personaliti dan kecelaruan persepsi realiti kurang daripada psikosis, tidak mengganggu perubahan bahasa,dan diikuti gangguan fizikal,psikologi,dan mental seperti symptom kegelisahan atau fobia.
Contoh gejala (simptom) adalah:
  • Kebimbangan-Seseorang itu akan berasa tertekan,tegang,berpeluh,berdebar-debar dan berasa takut tanpa diketahui puncanya.
  • Kemurungan-Perasaan sedih melampau melebihi tempoh 2 minggu
2.Psikosis-Perubahan ketara pada pemikiran,perasaan tingkah laku dan kewarasan. Pesakit juga akan keliru dan dikatakan mendengar suara-suara ghaib yang dinamakan sebagai ‘halusinasi’. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang dipanggil ‘delusi’ contohnya merasakan ada orang mahu menyerang pada mereka tiba-tiba. Mereka juga mungkin bercakap seorang diri tanpa sebab.                                                     Contoh psikosis yang sering dialami: 
  •  Schizophrenia-Ciri utama ialah halusinasi,delusi,celaru pemikiran,pertuturan dan tingkah laku.
Schizophrenia paranoid adalah salah satu jenis schizophrenia yg biasa di mana pesakit memiliki kepercayaan yang salah bahawa ada seseorang yang akan menyerang diri atau ahli keluarga. Mereka juga mengalami halusinasi auditori (mendengar suara ghaib).Schizophrenia paranoid adalah penyakit kronik,dalam jangka waktu yang lama boleh membawa komplikasi seperti bunuh diri dan perlakuan berbahaya  pada orang lain.
  • Kecelaruan manik-depresif-Pesakit mengalami perubahan emosi yang ketara antara terlalu gembira atau terlalu sedih.
3. Kecelaruan personaliti-Perubahan karakter yang mempengaruhi perhubungan dengan orang sekeliling.
Punca penyakit mental:
Punca penyakit mental:

Sumber gambar: Google Images
Sumber gambar:Google Images

  1. Faktor genetik/keturunan
  2. Gangguan bahan kimia (neurotransmitter) dalam otak seperti penghasilan dopamine yang berlebihan dalam penyakit schizophenia.
  3. Jangkitan virus
  4. Sejarah hidup yang getir seperti terlalu banyak cabaran hidup
  5. Keadaan sosioekonomi yang rendah
Bagaimanakah penyakit mental diubati?
Rawatan pesakit mental mengambil kira keseriusan gejala penyakit,kekerapan tekanan yang mengganggu aktiviti harian,risiko dan faedah setiap rawatan dan faktor lain.Rawatan penyakit mental ini berdasarkan keperluan individu dan kolaborasi dengan pakar kesihatan.
  • Ubat psikotropik dapat merawat penyakit mental seperti anti-depresi yang memerlukan preskripsi doktor mengikut keperluan individu tersebut.Contohnya  fluoxetine (Prozac, Selfemra),duloxetine (Cymbalta),mirtazapine (Remeron),nortriptyline (Pamelor),phenelzine (Nardil) dan lain-lain.

  • Pendekatan psikotropik seperti kaunseling, psikoterapi ,terapi kognitif,pendidikan psikologi,terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psikososial.

Psikoterapi antara salah satu rawatan penyakit mental di mana pesakit boleh menceritakan segala masalah yg dialami kepada pakar pskiatri
Sumber gambar:Google Images

  • Gabungan terapi dan ubat-ubatan yang selalunya lebih berkesan di samping rawatan alternatif yang semakin meluas digunakan.

Remaja juga berpotensi menjadi pesakit mental seandainya stress yang dialami tidak dapat diatasi segera. Sumber gambar: Google Images

  • Antara langkah-langkah menangani tindakan berbahaya oleh remaja yang mungkin ada penyakit mental telah digariskan oleh Dr.Nurashikin binti Ibrahim dalam satu artikel MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia yang boleh dibaca pada link MyHEALTH ini.
Kesimpulan:
Orang ramai yang memiliki anggota keluarga yang mengalami masalah penyakit mental amatlah disarankan membawa pesakit untuk berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik kesihatan bagi merawat masalah mereka dengan segera.
Keluarga perlu memainkan peranan dalam membantu pesakit mental untuk terus mendapat sokongan dan mengambil ubat secara berterusan.
Mereka yang ingin mengetahui status kesihatan mental mereka juga boleh mengambil ujian di sana.
“Jagalah kecerdasan minda untuk kesejahteraan kita bersama”
Rujukan:


Tuesday, March 21, 2017

Hari Keluarga Pusat Penjagaan Sinar Penyayang

Pada tanggal 18-19 March 2017 , pengarah urusan Encik Muhammad Suffian bin Abu Bakr, telah berjaya menjalankan hari Keluarga PPSP dengan cemerlang di Chalet Putri Ayu, Yan Kedah. Banyak  kenangan pahit dan  manis  dikongsikan pada semua.  Didaftar dan ditubuhkan dengan rasmi pada tahun 2009,  PPSP bukan saja menyediakan perkhidmatan penjagaan pada pesakit dan Orang Tua, tetapi juga memberi kehidupan kepada pekerja dan ahli keluarga yang lain yang menyokong penuh  PPSP.    Antara aktiviti aktiviti utama


1. Tazkirah agama
2. BBQ
3. Senam Robik
4. Permainan Lead A Blind
5. Permainan  Formula 1
6. Permainan  Tali Berpintal
7. Anugerah Pekerja yg berkhidmat lebih dari 5 tahun.
8. Anugerah Khas . Penulis pun dapat jugak ;)


Dibawah adalah gambar aktiviti-aktiviti hari Keluarga PPSP yang sempat di rakamkan.


Nota : Permainan melibatkan elemen komunikasi, kerjasama dan proses kerja yang boleh diterapkan dalam tempat kerja, kehidupan harian dan rumahtangga.


 Barisan Tulang Belakang PPSP
           


Senam Robik





Majlis Penyampaian Hadiah








Jamu Selera



Semoga PPSP akan terus maju kehadapan dan terus menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.

Thursday, August 20, 2015

Murung Penyumbang Sakit Mental - Sumber HMETRO

'Murung penyumbang sakit mental'

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:Kemurungan dan tekanan perasaan adalah penyumbang terbesar iaitu 20 peratus daripada penyakit mental kalangan orang dewasa di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, data berkenaan hasil kajian kementerian pada 2011.
"Penyakit skizofrenia pula hanya 1 peratus selain bipolar disorder antara 1 hingga dua peratus, " katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, kajian pada 2011 itu menunjukkan20 peratus kanak-kanak mengalami masalah mental manakala dewasa (13 peratus) dari jumlah penduduk pada 2011.
Jelas beliau, peratusan yang tinggi kalangan kanak-kanak berikutan ia mengambil kira pelbagai aspek termasuk kanak-kanak hiperaktif juga dikategori sebagai bermasalah mental berbanding dewasa yang lebih kompleks.
"Rawatan awal amat penting sejurus mengesan tanda-tanda penyakit mental bagi membolehkan ia dirawat dengan sebaiknya," katanya.
Beliau berkata, antara halangan kepada kementerian untuk menangani penyakit mental di negara ini adalah untuk mengubah stigma masyarakat yang lebihmengutama rawatan tradisional berbanding moden.
"Justeru, kementerian sedang menjalankan projek awal untuk menggabungkan kaedah rawatan moden dan tradisional bagi merawat penyakit mental sejak dua bulan lalu di Johor Bahru, Johor dan Temerloh Pahang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 12:11 PM
 

Monday, August 17, 2015

Punca Penyakit Mental

Punca Penyakit Mental

Apakah punca penyakit mental? Walaupun punca sebenar kebanyakan penyakit mental tidak diketahui, ia menjadi jelas melalui penyelidikan yang banyak daripada keadaan ini adalah disebabkan oleh gabungan biologi, psikologi, dan faktor persekitaran.
 
Apa Faktor Biologi Adakah Terlibat dalam Penyakit Mental?
Sesetengah penyakit mental telah dikaitkan dengan fungsi normal sel litar saraf atau laluan yang menghubungkan kawasan-kawasan otak tertentu. Sel-sel saraf di dalam otak ini litar berkomunikasi melalui bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. “Tweaker” bahan kimia – ubat-ubatan, psikoterapi atau prosedur perubatan lain – boleh membantu litar otak berjalan dengan lebih cekap. Di samping itu, kecacatan atau kecederaan kepada kawasan-kawasan tertentu otak juga telah dikaitkan dengan beberapa keadaan mental.

Lain-lain faktor-faktor biologi yang mungkin terlibat dalam pembangunan penyakit mental termasuk:
 
 
 
Genetik (keturunan): Penyakit mental kadang-kadang berjalan dalam keluarga, menunjukkan bahawa orang-orang yang mempunyai ahli keluarga dengan penyakit mental mungkin lebih cenderung untuk membangunkan satu sendiri. Mudah dihantar dalam keluarga melalui gen. Pakar percaya banyak penyakit mental yang dikaitkan dengan keabnormalan dalam gen banyak dan bukan hanya satu atau beberapa dan yang bagaimana gen ini berinteraksi dengan alam sekitar adalah unik untuk setiap orang (walaupun kembar seiras). Sebab itulah orang yang mewarisi mudah mendapat penyakit mental dan tidak semestinya membangunkan penyakit.
 
Penyakit mental itu sendiri berlaku dari interaksi pelbagai gen dan faktor-faktor lain – seperti tekanan, penyalahgunaan, atau peristiwa traumatik – yang boleh mempengaruhi, atau pencetus, suatu penyakit dalam seseorang yang mempunyai kecenderungan diwarisi kepadanya.
 
 
Jangkitan: jangkitan tertentu telah dikaitkan dengan kerosakan otak dan perkembangan penyakit mental atau semakin teruk gejala. Sebagai contoh, keadaan yang dikenali sebagai pediatrik gangguan neuropsychiatric autoimun (PANDA) yang berkaitan dengan bakteria Streptococcus telah dikaitkan dengan pembangunan gangguan obsesif-kompulsif dan penyakit mental pada kanak-kanak lain.
 
 
Kecacatan otak atau kecederaan: Kecacatan dalam atau kecederaan kepada kawasan-kawasan tertentu otak juga telah dikaitkan dengan beberapa penyakit mental.
 
Kerosakan pranatal: Beberapa bukti menunjukkan bahawa gangguan perkembangan otak janin awal atau trauma yang berlaku pada masa kelahiran – sebagai contoh, kehilangan oksigen ke otak – boleh menjadi faktor dalam pembangunan syarat-syarat tertentu, seperti autisme .
 
Penyalahgunaan dadah: penyalahgunaan dadah jangka panjang, khususnya, telah dikaitkan dengan kebimbangan, kemurungan, dan paranoia.
Faktor-faktor lain: pemakanan Miskin dan pendedahan kepada toksin, seperti plumbum, boleh memainkan peranan dalam pembangunan penyakit mental.



Kredit : http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/punca-penyakit-mental-mental-illness

Biarkan Gambar Berbicara .. Bahagian 1


Di atas permintaan ramai, saya sertakan gambar-gambar persekitaran  Rumah  Penjagaan Sinar Penyayang.  Untuk makluman , terdapat 4 cawangan Sinar Penyayang. Sebagai penjelasan umum,  bukanlah tujuan penulis untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi adalah untuk maklumat semata-mata.   Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas segala nikmat-nikmat yang Allah kurniakan pada kita.

Walaupun Rumah Penjagaan Sinar Penyayang adalah syarikat swasta,  kami mengalu-alukan jika ada pihak-pihak yang berminat untuk membuat sumbangan secara ikhlas. Untuk makluman semua, kami tidak mengalakkan  sumbangan dalam bentuk tunai. Sebaliknya, kami menerima sumbangan dalam bentuk makanan kering contohnya (beras/sardin/roti biskut) , barangan perhiasan  dan  penajaan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti ceramah motivasi.

                                                   Hari Perjumpaan Keluarga
                                                                 Hari Keluarga
                                                    Penghuni Orang Tua yang sporting di Aman Jaya

                                                     Jamuan Hari Keluarga di Taman Kempas
                                                                Ruang di Taman Aman Jaya
                                                  Gambar beramai bersama CEO Suffian ( baju biru)
                                                    Ruang tamu di Taman Aman Jaya
                                                     Majlis motivasi bersama ustaz.


Insyallah, saya akan kongsi lebih banyak gambar untuk makluman umum

Jazakallah..

Roslan
WhatsApp  019 479 5911

Apabila Ringgit Jatuh...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bukanlah pakar ekonomi. Saya jugak kurang berminat dengan politik Malaysia. Sebagai rakyat biasa, tidak ada istilah "Economic Contigency " atau "Recovery Plan".   Apa yang saya rasa dan orang kebanyakan rasa adalah mudah :  Bagaimana untuk "survive"  di hari-hari yang mendatang? Dan yang lebih besar lagi, JIKA berlaku pembuangan kerja, boleh saya dapat mengekalkan kehidupan?

Menurut kajiaan, kurang 10% dari pekerja dapat hidup dengan wang simpanan. Lebih separuh  akan tercicir dalam masa 3 bulan jika tidak mendapat pekerjaan baru.

Dalam kontek Pusat Penjagaan Mental dan Orang Tua, kami  terus berdepan dengan masalah nilai barangan harian yang makin meningkat secara meruncing. Kos operasi harian meningkat dan amat membebankan.

Barangan utama   yang diimport seperti ubi, bawang, tepung, sayur-sayuran dan buah buahan telah mula naik harga semenjak GST dilaksanakan.

Semua maklum apabila Ringgit jatuh berbanding Dollar, kesannya akan di rasai oleh pengguna secara langsung.

Tepung dan ubi kentang adalah dari Amerika Syarikat. Product berasaskan susu adalah dari Australia dan New Zealand,  manakala bawang besar adalah dari negara India dan Holland.  Walaupun produk di import dari negara Amerika, namun segala urusan jual beli menggunakan Dollar Amerika. Ini memberi kesan besar secara langsung kepada harga jualan dan belian.

Sebagai  contoh,  harga susu formula kanak-kanak. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan, apabila harga susu berubah  dan terus meningkat secara beransur-ansur. Kalau murah pun mungkin sebab penghabisan stok lama.

Apabila Ringgit jatuh, ini juga memberikan kesan langsung kepada nilai Ringgit dan Baht; matawang negara jiran Thailan.    Sebenarnya, banyak produk seperti beras dan makanan rugi binatang di import dari Thailand. Hasilnya, penternak  ayam terpaksa menaikkan kos dan rantaian terakhir yang perlu menyerap harga tentulah pengguna.

Alhamdullilah, berkat usaha gigih Encik Suffian selaku CEO Sinar Penyayang, yuran bulanan masih lagi kekal pada tahap yang paling terendah di Malayasia.  Apa yang penting , Sinar Penyayang akan terus membantu menjalankan tugas untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penghuni Sinar Penyayang.  Terima kasih pada semua yang memahami keperluan untuk menyokong operasi Sinar Penyayang.

Sempena Bulan Syawal yang baru lepas, tidak terlalu terlewat untuk saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir dan Batin. Semoga, semua ahli keluarga Sinar Penyayang akan terus dirahmati oleh Allah.


Jazakallahu Khairan Khatira dan Terima Kasih.


Roslan bin Ibrahim

Whatsapp 019 479 5911

Thursday, December 11, 2014

Erti Pengorbanan

Assalamualaikum dan salam hormat.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memandang rendah pada pesakit mental serta keluarga.  Ada yang diherdik seolah-olah pesakit mental datang dari dosa kifarat yang terpaksa ditanggung oleh keluarga.

Apabila si waris  menghantar pesakit ke pusat penjagaan, ada waris yang diperli dan di tohmah  dengan ungkapan " tak sayang  darah daging!",  "buang keluarga", "lepas tangan" dan sebagainya.

Padahal mereka yang mencerca itu tidak sanggup membuat sumbangan, apatah lagi menjaga pesakit mental.

Pesakit mental sebenarnya adalah golongan OKU yang perlukan penjagaan dari mental , rohani dan fizikal.

Pada sesuatu peringkat, apabila berlakunya gangguan seperti kemurungan, tekanan tinggi and  tidakbalas kompalsif, maka kejadian-kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Apabila pihak waris sanggup membiayai penjagaan pesakit mental, ia adalah suatu pengorbanan yang sangat besar dan patut dipuji.

Pembiayaan besar rumah penjagaan sekitar RM1000 sebagai contoh, sebenarnya adalah harga untuk  kesejahteraan dan keselamatan keluarga, khasnya penghuni keluarga yang tinggal bersama pesakit mental.

Untuk mereka yang belum pernah tinggal dengan pesakil mental, ini adalah keadaan biasa yang pasti diharungi oleh keluarga;

1. Membuat bising secara tiba-tiba. Hura hara dalam rumah.
2. Merosakkan barang-barang berharga di rumah.
3. Memaki hamun ahli keluarga.
4. Berkeliaran diluar rumah.
5. Mandi  berulang-ulang tidak kira masa. 3 pagi pun boleh mandi.
6. Tidak tidur pada waktu malam dan menggangu waris.
7. Mencederakan diri sendiri atau waris.
8. Buang najis merata-rata
9. DLL

Pihak keluarga yang tinggal di bawah bumbung yang sama akan menjadi tertekan. Anak-anak yang bersekolah akan terbantut pembelajaran. Yang berkerja di ofis, tidurnya pasti terganggu dan hilang konsentrasi kerja. Kepala otak memang serabut . Minda penat dan menimbulkan perasaan marah.

Kesimpulannya, masyarakat umum perlu peka dan memahami keperluan pihak waris untuk menghantar pesakit mental. Ia adalah sebagai satu kawalan dan seterusnya memberi ruang pada ahli keluarga menjadi tenang.  Masyarakat sepatutnya membantu sekadar yang mampu. Kalau tak mampu derma dengan wang ringgi, beri motiviasi dan dorongan kepada  si Waris.  Ada ganjaran besar dari Allah s.w.t untuk mereka yang berkorban untuk keluarga. Wallahualam.